Isnin, September 22, 2008

Saya kini lebih sihat, cergas dan .....lasak




"Kalau dilihat dari segi kesihatan dan tahap kecergasan, sesiapa pun tidak akan percaya yang saya berumur 60 tahun. Apa tidaknya! Dalam usia sebegini saya masih aktif berkayak, bersukan, berkawat dan saya juga aktif dalam persatuan-persatuan NGO seperti NCWO, PEMADAM, Wanita UMNO dan Persatuan Pengguna Selangor. Syukur Alhamdulillah. Semua ini berkat usaha saya menjaga kesihatan diri.

Kita sebagai orang Islam percaya, sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. 3 tahun yang lalu, saya telah diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara. Kesihatan saya bertambah teruk . Hanya Allah yang mengetahui penderitaan saya. Saya berada di persimpangan antara hidup dan mati. Pembedahan dilakukan segera. Mengikut pakar jantung, pembedahan saya agak komplikated kerana ianya pembedahan 3 dalam 1.

Selepas pembedahan, saya kerap mengalami sakit-sakit lutut, sakit sendi kesan daripada sejenis Alat Kejutan Jantung. Tetapi Alhamdulillah semua masalah saya telah pun berlalu. Terima kasih kepada kawan saya yang telah memperkenalkan saya kepada ALOE IN A BOTTLE. Selepas 2 minggu saya mengamalkan jus Aloe tersebut, semua penyakit-penyakit saya beransur-ansur hilang dan hari ini semua penyakit saya sudah sembuh sama sekali. Kalau dulu tahap kolesterol saya tinggi tapi kini saya tidak perlu lagi memakan ubat kolesterol lagi.

Bagi semua yang inginkan tahap kesihatan dan kecergasan yang baik, saya syorkan agar mengamalkan ALOE IN A BOTTLE. Jadi seperti saya, walaupun umur sudah 60 tahun tapi masih sihat, cergas dan lasak menyamai golongan belia...."

UDA SAREAH BT MAT ALWI
C-2 BKT KG PINANG,
SG BESI, 57000 KUALA LUMPUR

TEL: 03-90581881

Tiada ulasan: